Monday, October 15, 2012

Halwa


Tahina dihasilkan daripada bijan yang diperah dan dipasteur yang membentuk bahan-bahan utama halwa, serta menjadikan halwa kaya dengan minyak pati.

Manisan yang boleh dinikmati dalam apa cara sekalipun dan sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Cubalah kalian pasti sangat-sangat menggemarinya.


Dapatkan manisan berpistachio pada harga RM8.00 dengan menghubungi / SMS saya:

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Minyak Zaitun Durra (Olive Oil Durra)


Khasiat Dan Keistimewaan Minyak Zaitun

Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.

Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka.

Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.

Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi.

Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.

 

CARA PENGAMBILAN:


1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.


2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


Terdapat dalam pelbagai saiz iaitu :

250ml - RM12.00
500ml - RM20.00
700ml - RM28.00
1 liter  - RM35.00

Hubungi saya bagi mendapatkan Olive Oil Durra ;

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Thursday, October 4, 2012

Madu Al Shifa

Madu keluaran negara Timur Tengah (Saudi, Iran, Syria, Yaman, Mesir & lain-lain) sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan harian kerana kualitinya yang sangat tinggi. Ini didorong oleh kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini juga dihasilkan oleh lebah-lebah yang dibela pada pohon-pohon kurma, pohon tin dan pohon zaitun. Umum mengetahui kehebatan & juga khasiat yang ada pada pohon-pohon tersebut.

Madu Al Shifa keluaran Saudi, dijamin 100% asli & telah mendapat akuan piawaian kualiti oleh Saudi Arabian Standards Organization (SASO).

Selain daripada harga yang sangat memuaskan, barangsiapa yang beramal dengan Madu Al Shifa pasti merasai perubahan dalam tubuh badan.


 Kelebihan!

Khasiat madu pada tubuh :
  • Memulih & menambah tenaga badan.
  • Membersih & menambah darah.
  • Membantu pertumbuhan fizikal & mental bayi.
  • Menyembuhkan cirit-birit & sakit perut.
  • Untuk kulit yang cantik, halus & bersih.
  • Tingkatkan tenaga batin.
  • Stabilkan kandungan gula dalam darah bagi pengidap diabetis.
  • Mengelak kegemukan yang tidak terkawal.
  • Menyembuh penyakit dalam perut.
  • Menguatkan jantung & buah pinggang.
  • Memulihkan batuk & lelah.
  • Membuang lendir & kahak.
Beratus-ratus keistimewaan madu untuk dihuraikan khasiatnya. Saya sekadar berkongsi sebahagian khasiat madu pada anda. Pokok pangkal adalah keyakinan dan amalan yang berterusan.

Adalah lebih baik kita tekadkan diri untuk mengawal penyakit sebelum penyakit itu menyebabkan kita hilang pelbagai nikmat hidup di dunia.

Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia",

surah An-Nahl ayat 69.


Perhatian!

Madu Al Shifa keluar dalam pelbagai rasa seperti Acacia, Orange, Black Forest, Kapur, Flora & Nectar Golden. Ia juga dijual dalam pelbagai saiz & harga. Untuk makluman semua harga yang tersenarai di bawah merupakan harga bagi madu Al Shifa Natural Honey.


Guaranteed to be 100% pure and natural, Al Shifa honey is the proud recipient of the Quality Mark by the Saudi Arabian Standards Organization (SASO). Al Shifa honey is available in a variety of flavors: Acacia, Orange, Black Forest, and Lime, in addition to our more popular Multi-flora and Golden Nectar flavors, and sold in various pack sizes.


Founded in 1983 and dedicated to the production of 100% natural honey, Al Shifa sources its honey from the best locations around the world.

The various honey variants are carefully gathered from areas with premium quality wild flowers, such as:
- The tropical forests of South America and Australia,
- The Alps mountain forests in Northern Europe.




Dapatkan segera madu Al Shifa keluaran Arab Saudi dengan menghubungi saya,

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com

Read more »

Monday, September 24, 2012

Cuka Epal Durra

Kronology Cuka Epal

Cuka epal telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang-orang Greek & Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan berbusa atau fermentation. Ini adalah proses pengasingan gula yang terkandung di dalam buah epal dengan menggunakan bakteria & ragi berwarna kuning keemasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain digunakan dalam masakan.

"Cuka adalah kemudahan bagi semua manusia." [Riwayat Imam Muslim]

"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan para Nabi sebelum aku." [Diriwayatkan oleh Hadrat Aisyah, Muslim & Ibnu Madjah]

Kesan Pengambilan

Pengambilan cuka epal boleh menghilangkan kelesuan badan dan boleh dirasai perbezaannya  dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

Anda boleh melihat sendiri warna air kencing menjadi lebih jernih selepas meminum cuka epal. Ujian juga boleh dilakukan dengan menggunakan kertas litmus iaitu  kertas yang digunakan untuk menguji tahap pH. Sebelum pengambilan cuka epal, air kencing menunjukkan tanda berasid berbanding selepas pengambilan cuka epal yang menunjukkan air kencing akan lebih berakali.

Hati berperanan sebagai agen melarutkan bahan beracun yang terhasil di dalam tubuh. Pengambilan makanan seperti daging, ikan, telur, minyak kelapa hijau, cuka dan lain-lain sangat baik untuk hati.

Sebahagian ahli perubatan timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai "stress" adalah berpunca daripada hati. Cuka berperanan sebagai detokfikasi bagi membersihkan hati. Sejak dahulu lagi cuka & madu telah digunakan dalam bidang perubatan bagi kesihatan manusia sejagat.

Cuka epal sangat berguna bagi melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam tubuh manusia, sakit sendi seperti arthritis dan permasalahan lain.
Memperkenalkan Durra Apple Vinegar (Cuka Epal). Buatan Syria, 500 ml.


Kalium atau potassium membantu memecahkan lemak akan mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri. Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri. Semua ini boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok atau serangan jantung.
Kalium atau potassium juga bertindak sebagai pencair darah semula jadi. Kalium dapat memecahkan lemak dan protein yang boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Untuk kesihatan arteri, kalium menjalankan pengaliran darah dengan lebih lancar melalui arteri dan keseluruhan badan.

Cuka epal mengandungi pektin yang boleh menyerap kolesterol LDL dan lemak, supaya kedua-dua bahan-bahan boleh dihapuskan dari badan melalui proses perkumuhan semulajadi. Manakala asid amino yang berfungsi sebagai pembakar kolesterol LDL. Pengambilan cuka epal boleh meningkatkan hormon nitrik oksida semulajadi yang menghentikan pengeluaran angiotensin II. Hormon angiotensin II boleh menyebabkan arteri menjadi sempit (constrict) dan sempit.

Malic asid dan asid tartarik (acid tartaric) dalam cuka epal membantu memecahkan makanan yang begitu baik untuk pencernaan dan mengurangkan jumlah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Kedua-dua asid juga melancarkan proses peredaran darah, jadi kerja menjadi lebih mudah arteri. Asid yang terkandung dalam cuka epal juga membantu mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dalam darah.


Rawatan Luaran











Rawatan Dalaman

Segelas air suam diisikan
1 sudu cuka epal.
1 sudu madu.
Kacau sehingga sebati lalu diminum.

Boleh juga ditambahkan dengan jus epal atau apa-apa bahan bagi menambah perasa.


Cuka Epal non Organik  RM 13 & Cuka Epal 100% Organik RM 15.


Hubungi saya segera. 


Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Tuesday, September 18, 2012

Cuka Kurma Durra


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

  • Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser.
  • Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
  • Mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut.
  • Melancarkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • Menurunkan tahap kolesterol.
  • Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam.
  • Membakar kalori dgn cepat.
  • Membuang toksin.
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut.
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu).
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai.
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • Melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid).
  • Membaiki fungsi limpa.
  • Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan.


CARA PENGGUNAAN


KHAL TAMAR sebaik-baiknya diambil sebanyak 2 kali sehari iaitu sekali selepas minum pagi /sarapan dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum waktu tidur.
Sila goncangkan botol terlebih dahulu hingga sebati dan tuang ke dalam satu sudu besar (anggaraan 15ml). Boleh juga dicampur bersama air suam.

*Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.





Sebotol hanya berharga RM15.

Untuk sebarang permintaan & tempahan hubungi :

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Thursday, August 9, 2012

Pil Habbatus Sauda Baraka

Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda.
 Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
Habbatus sauda berperanan sebagai ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Seperti Sabda Rasulullah S.A.W :
Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari & Muslim)
Darisudut kajian sains yang telah dilakukan, antara kelebihan Habbatus Sauda termasuklah:-
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan :
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dan sebagainya.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin A
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sebagai Alternatif adalah keluarnya pil Habbatus Sauda yang memudahkansesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khasiat dan kelebihan yang terdapat pada Herba Ajaib ini.

Spesifikasi : Habbatus sauda jenama BARAKA

Isi : 24 kapsul minyak


Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul


Buatan : Egypt (kilang GMP)


Sijil Kementerian Kesihatan : MAL 08120837T




Cara Guna :

2 biji (2 kali sehari) bagi dewasa & 1 biji (2 kali sehari) bagi kanak-kanak.

Dapatkan Pil Habbatus Sauda Baraka pada harga RM13 Sekotak dengan menghubungi :-

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Wednesday, August 8, 2012

Monavie

Monavie ditubuhkan pada Januari 2005 di Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Salt Lake City, Utah. Monavie seperti diketahui umum mempunyai potensi pasaran global dan sedang berkembang di seluruh dunia.

Malaysia merupakan negara ke-16 memasuki pasaran dan berada dalam kalangan 4 buah negara yang paling pantas berkembang selepas USA, Kanada dan Jepun.

Antara negara yang sudah pun mempunyai pasaran adalah seperti Australia, United Kingdom, Singapura, Brazil, New Zealand, Taiwan, Korea, Jepun, Hong Kong, Brunei, Indonesia dan Poland.

MONAVIE ORIGINAL

MONAVIE Original mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu anggur putih, epal, acerola, aronia, anggur unggu, kranberi, buah passion, prun, kiwi, blueberi, wolfberi (buah goji), laici, buah delima, camu camu, buah lai, pisang, dan bilberi.

 Antara khasiat utama MONAVIE Original adalah :
 
  • Merangsang kesihatan secara umum dan panjang umur.
  • Melindungi badan anda pada tahap sel yang baik.
  • Melawan kesan kerosakan oksidatif dan penuaan.
  • Memberikan antioksidan yang efektif dan perlindungan dari radikal bebas.
  • Menyediakan khasiat nutrisi untuk semua peringkat umur.
  • Hanya 120 ml Jus MONAVIE Original membekalkan antioksidan yang menyamai lebih kurang 13 hidangan buah-buahan biasa dan sayur-sayuran.
  • Sesuai untuk diet yang seimbang.
MONAVIE Original sangat sesuai digunakan untuk merawat diabetis, migrain, kanser, sungugut, dan penyakit kulit. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan perempuan yang mengandung. Ia juga boleh membantu tumbesaran anak-anak.

MONAVIE PULSE

MONAVIE Pulse mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu epal, acerola, aronia, kranberi, blueberi, buah delima, camu camu, bilberi, anggur Concord, nanas, prickly pear, elderberi, yumberi, blackberi, cheri, raspberi, strawberi, dan cupuacu.

Antara khasiat utama MONAVIE Pulse adalah :

  • Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi.
  • Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular.
  • Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik.
  • Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan.
  • Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan, resveratrol dan asid lemak Omega 3.
  • Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran.
  • Sumber antioksidan yang hebat.

MONAVIE Pulse  amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur.

MONAVIE ACTIVE

MONAVIE Active adalah satu lagi produk dari syarikat Monavie. Yang membezakan Monavie Active dengan Monavie Ori & Pulse ialah Monavie Active ditambah dengan Glucosamine. Glucosamine merupakan komponen penting bagi tubuh, termasuk dalam golongan makro molekul yang disebut Mukopolisakarida, dimana normalnya mukopolisakarida ditemukan dalam cairan synovial persendian.

Glucosamine merupakan nutrisi tambahan yang dapat mengatasi peradangan sendi.
Arthritis merupakan peradangan disekitar rongga sendi, hal ini disebabkan kerana proses penuaan., di mana akan berlaku kehausan pada tulang rawan,gesesan antara sendi berlaku & menyebabkan kesakitan pada persendian tersebut.

Hal ini banyak terjadi pada orang lanjut usia, terutama wanita yang sudah mengalami menopause. Adapun tempat yang biasanya terkena adalah : daerah pinggul, lutut, tulang belakang, bahkan dapat pula terjadi pada persendian di jari-jari tangan maupun kaki ( terutama ibu jari ). Jadi secara am-nya Glucosamine berfungsi untuk mempertahankan fungsi sendi &  melindungi sendi dalam keadaan normal.
Jika  Glucosamine sudah dapat membantu anda mengatasi masalah-masalah saraf dan sendi,dengan Monavie Active yang mengandungi 19 jenis buah-buahan terpilih dan di tambah dengan Glucosamine sudah pasti akan dapat memberi 1001 kebaikan kepada anda. Antara kelebihan Monavie Active ialah:
  • Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.
  • Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimum.
  • Mengandungi tambahan glucosamine semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk rawatan serta memperbaiki sendi-sendi, joint dan urat saraf.
  • Mengandungi kolagen semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk memperbaiki  kulit.
  • Sangat sesuai untuk penyakit batu karang, gastrik, migraine, lumpuh dan kanser.


Harga bagi mana-mana Monavie hanyalah RM100 sahaja.
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi saya:-

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
www.hrmadani.blogspot.com
hr.madanienterprise@gmail.com 

Read more »

Monday, August 6, 2012

Jus Pati Delima Gulshan

 Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.


 " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima.
[Surah al Rahman ayat 68].

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi?

Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas,  akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. 
Menurut pengamal perubatan Islam buah ini dengan izin Allah SWT boleh mengatasi penyakit batu karang, membuang toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.



Sebagai langkah alternatif, saya ada menjual jus Pati Delima Gulshan yang diimpot 100% dari Turki.


Ramai sedia maklum akan khasiat buah Delima ini antaranya :-



Dapatkan hanya RM 17.00 sebotol dengan menghubungi saya ditalian :-

012-6737385
Hazeman Ahmad Ramdzan
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Setiap penyakit pasti ada penawarnya, InsyaAllah.

Read more »