Monday, September 24, 2012

Cuka Epal Durra

Kronology Cuka Epal

Cuka epal telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang-orang Greek & Mesir. Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan berbusa atau fermentation. Ini adalah proses pengasingan gula yang terkandung di dalam buah epal dengan menggunakan bakteria & ragi berwarna kuning keemasan dan dijual dalam bentuk semulajadi. Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain digunakan dalam masakan.

"Cuka adalah kemudahan bagi semua manusia." [Riwayat Imam Muslim]

"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan para Nabi sebelum aku." [Diriwayatkan oleh Hadrat Aisyah, Muslim & Ibnu Madjah]

Kesan Pengambilan

Pengambilan cuka epal boleh menghilangkan kelesuan badan dan boleh dirasai perbezaannya  dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja.

Anda boleh melihat sendiri warna air kencing menjadi lebih jernih selepas meminum cuka epal. Ujian juga boleh dilakukan dengan menggunakan kertas litmus iaitu  kertas yang digunakan untuk menguji tahap pH. Sebelum pengambilan cuka epal, air kencing menunjukkan tanda berasid berbanding selepas pengambilan cuka epal yang menunjukkan air kencing akan lebih berakali.

Hati berperanan sebagai agen melarutkan bahan beracun yang terhasil di dalam tubuh. Pengambilan makanan seperti daging, ikan, telur, minyak kelapa hijau, cuka dan lain-lain sangat baik untuk hati.

Sebahagian ahli perubatan timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai "stress" adalah berpunca daripada hati. Cuka berperanan sebagai detokfikasi bagi membersihkan hati. Sejak dahulu lagi cuka & madu telah digunakan dalam bidang perubatan bagi kesihatan manusia sejagat.

Cuka epal sangat berguna bagi melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam tubuh manusia, sakit sendi seperti arthritis dan permasalahan lain.
Memperkenalkan Durra Apple Vinegar (Cuka Epal). Buatan Syria, 500 ml.


Kalium atau potassium membantu memecahkan lemak akan mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri. Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri. Semua ini boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok atau serangan jantung.
Kalium atau potassium juga bertindak sebagai pencair darah semula jadi. Kalium dapat memecahkan lemak dan protein yang boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Untuk kesihatan arteri, kalium menjalankan pengaliran darah dengan lebih lancar melalui arteri dan keseluruhan badan.

Cuka epal mengandungi pektin yang boleh menyerap kolesterol LDL dan lemak, supaya kedua-dua bahan-bahan boleh dihapuskan dari badan melalui proses perkumuhan semulajadi. Manakala asid amino yang berfungsi sebagai pembakar kolesterol LDL. Pengambilan cuka epal boleh meningkatkan hormon nitrik oksida semulajadi yang menghentikan pengeluaran angiotensin II. Hormon angiotensin II boleh menyebabkan arteri menjadi sempit (constrict) dan sempit.

Malic asid dan asid tartarik (acid tartaric) dalam cuka epal membantu memecahkan makanan yang begitu baik untuk pencernaan dan mengurangkan jumlah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Kedua-dua asid juga melancarkan proses peredaran darah, jadi kerja menjadi lebih mudah arteri. Asid yang terkandung dalam cuka epal juga membantu mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dalam darah.


Rawatan Luaran











Rawatan Dalaman

Segelas air suam diisikan
1 sudu cuka epal.
1 sudu madu.
Kacau sehingga sebati lalu diminum.

Boleh juga ditambahkan dengan jus epal atau apa-apa bahan bagi menambah perasa.


Cuka Epal non Organik  RM 13 & Cuka Epal 100% Organik RM 15.


Hubungi saya segera. 


Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Tuesday, September 18, 2012

Cuka Kurma Durra


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma

Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-

  • Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser.
  • Membuang darah kotor & melancar aliran darah.
  • Mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut.
  • Melancarkan pergerakan usus.
  • Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan.
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari.
  • Menurunkan tahap kolesterol.
  • Mengimbang tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam.
  • Membakar kalori dgn cepat.
  • Membuang toksin.
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga.
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang.
  • Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut.
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu).
  • Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai.
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu.
  • Melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid).
  • Membaiki fungsi limpa.
  • Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan.


CARA PENGGUNAAN


KHAL TAMAR sebaik-baiknya diambil sebanyak 2 kali sehari iaitu sekali selepas minum pagi /sarapan dan sekali lagi pada sebelah malam sebelum waktu tidur.
Sila goncangkan botol terlebih dahulu hingga sebati dan tuang ke dalam satu sudu besar (anggaraan 15ml). Boleh juga dicampur bersama air suam.

*Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.





Sebotol hanya berharga RM15.

Untuk sebarang permintaan & tempahan hubungi :

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »