Thursday, August 9, 2012

Pil Habbatus Sauda Baraka

Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda.
 Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
Habbatus sauda berperanan sebagai ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Seperti Sabda Rasulullah S.A.W :
Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari & Muslim)
Darisudut kajian sains yang telah dilakukan, antara kelebihan Habbatus Sauda termasuklah:-
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan :
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dan sebagainya.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin A
  • Kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sebagai Alternatif adalah keluarnya pil Habbatus Sauda yang memudahkansesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khasiat dan kelebihan yang terdapat pada Herba Ajaib ini.

Spesifikasi : Habbatus sauda jenama BARAKA

Isi : 24 kapsul minyak


Kandungan : 450g minyak habbatus sauda setiap satu kapsul


Buatan : Egypt (kilang GMP)


Sijil Kementerian Kesihatan : MAL 08120837T




Cara Guna :

2 biji (2 kali sehari) bagi dewasa & 1 biji (2 kali sehari) bagi kanak-kanak.

Dapatkan Pil Habbatus Sauda Baraka pada harga RM13 Sekotak dengan menghubungi :-

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Read more »

Wednesday, August 8, 2012

Monavie

Monavie ditubuhkan pada Januari 2005 di Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Salt Lake City, Utah. Monavie seperti diketahui umum mempunyai potensi pasaran global dan sedang berkembang di seluruh dunia.

Malaysia merupakan negara ke-16 memasuki pasaran dan berada dalam kalangan 4 buah negara yang paling pantas berkembang selepas USA, Kanada dan Jepun.

Antara negara yang sudah pun mempunyai pasaran adalah seperti Australia, United Kingdom, Singapura, Brazil, New Zealand, Taiwan, Korea, Jepun, Hong Kong, Brunei, Indonesia dan Poland.

MONAVIE ORIGINAL

MONAVIE Original mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu anggur putih, epal, acerola, aronia, anggur unggu, kranberi, buah passion, prun, kiwi, blueberi, wolfberi (buah goji), laici, buah delima, camu camu, buah lai, pisang, dan bilberi.

 Antara khasiat utama MONAVIE Original adalah :
 
  • Merangsang kesihatan secara umum dan panjang umur.
  • Melindungi badan anda pada tahap sel yang baik.
  • Melawan kesan kerosakan oksidatif dan penuaan.
  • Memberikan antioksidan yang efektif dan perlindungan dari radikal bebas.
  • Menyediakan khasiat nutrisi untuk semua peringkat umur.
  • Hanya 120 ml Jus MONAVIE Original membekalkan antioksidan yang menyamai lebih kurang 13 hidangan buah-buahan biasa dan sayur-sayuran.
  • Sesuai untuk diet yang seimbang.
MONAVIE Original sangat sesuai digunakan untuk merawat diabetis, migrain, kanser, sungugut, dan penyakit kulit. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan perempuan yang mengandung. Ia juga boleh membantu tumbesaran anak-anak.

MONAVIE PULSE

MONAVIE Pulse mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu epal, acerola, aronia, kranberi, blueberi, buah delima, camu camu, bilberi, anggur Concord, nanas, prickly pear, elderberi, yumberi, blackberi, cheri, raspberi, strawberi, dan cupuacu.

Antara khasiat utama MONAVIE Pulse adalah :

  • Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi.
  • Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular.
  • Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik.
  • Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan.
  • Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan, resveratrol dan asid lemak Omega 3.
  • Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran.
  • Sumber antioksidan yang hebat.

MONAVIE Pulse  amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur.

MONAVIE ACTIVE

MONAVIE Active adalah satu lagi produk dari syarikat Monavie. Yang membezakan Monavie Active dengan Monavie Ori & Pulse ialah Monavie Active ditambah dengan Glucosamine. Glucosamine merupakan komponen penting bagi tubuh, termasuk dalam golongan makro molekul yang disebut Mukopolisakarida, dimana normalnya mukopolisakarida ditemukan dalam cairan synovial persendian.

Glucosamine merupakan nutrisi tambahan yang dapat mengatasi peradangan sendi.
Arthritis merupakan peradangan disekitar rongga sendi, hal ini disebabkan kerana proses penuaan., di mana akan berlaku kehausan pada tulang rawan,gesesan antara sendi berlaku & menyebabkan kesakitan pada persendian tersebut.

Hal ini banyak terjadi pada orang lanjut usia, terutama wanita yang sudah mengalami menopause. Adapun tempat yang biasanya terkena adalah : daerah pinggul, lutut, tulang belakang, bahkan dapat pula terjadi pada persendian di jari-jari tangan maupun kaki ( terutama ibu jari ). Jadi secara am-nya Glucosamine berfungsi untuk mempertahankan fungsi sendi &  melindungi sendi dalam keadaan normal.
Jika  Glucosamine sudah dapat membantu anda mengatasi masalah-masalah saraf dan sendi,dengan Monavie Active yang mengandungi 19 jenis buah-buahan terpilih dan di tambah dengan Glucosamine sudah pasti akan dapat memberi 1001 kebaikan kepada anda. Antara kelebihan Monavie Active ialah:
  • Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.
  • Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimum.
  • Mengandungi tambahan glucosamine semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk rawatan serta memperbaiki sendi-sendi, joint dan urat saraf.
  • Mengandungi kolagen semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk memperbaiki  kulit.
  • Sangat sesuai untuk penyakit batu karang, gastrik, migraine, lumpuh dan kanser.


Harga bagi mana-mana Monavie hanyalah RM100 sahaja.
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, boleh menghubungi saya:-

Hazeman Ahmad Ramdzan
012 6737385
www.hrmadani.blogspot.com
hr.madanienterprise@gmail.com 

Read more »

Monday, August 6, 2012

Jus Pati Delima Gulshan

 Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arabnya disebut tiga kali dalam Al-Quran untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.


 " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima.
[Surah al Rahman ayat 68].

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi?

Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas,  akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. 
Menurut pengamal perubatan Islam buah ini dengan izin Allah SWT boleh mengatasi penyakit batu karang, membuang toksik dalam badan dan pelbagai lagi penyakit lain.



Sebagai langkah alternatif, saya ada menjual jus Pati Delima Gulshan yang diimpot 100% dari Turki.


Ramai sedia maklum akan khasiat buah Delima ini antaranya :-



Dapatkan hanya RM 17.00 sebotol dengan menghubungi saya ditalian :-

012-6737385
Hazeman Ahmad Ramdzan
hr.madanienterprise@gmail.com
www.hrmadani.blogspot.com

Setiap penyakit pasti ada penawarnya, InsyaAllah.

Read more »